Pastikan motosikal anda bersih dan wangi seperti tuannya juga.

Pastikan motosikal anda bersih dan wangi seperti tuannya juga.
Selain kelihatan macam baru keluar kedai, mencuci motosikal juga membolehkan anda untuk memeriksa sebarang kerosakan atau kebocoran secara dekat.
Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk penjagaan motosikal anda.

1. Pastikan peralatan mencuci mencukupi, gunakan sabun khas untuk membersihkan motosikal supaya warna tidak luntur.

2. Dicadangkan untuk memilih waktu yang tidak terlalu panas. Jika cuci waktu panas, sabun yang dibasuh cepat kering dan meninggalkan kesan titisan air.

3. De-bug; Untuk membersihkan motosikal dari serangga atau kotoran di bahagian hadapan, tidak menggosok terlalu kuat bagi mengelakkan cat tertanggal. Gunakan alat yang betul dan jangan menggunakan span yang sama untuk pembersihan bahagian lain.

4. Bersihkan bahagian badan motosikal dari fender depan, fairing lampu depan dan belakang dan tempat duduk motosikal. Sabun setiap bahagian dan bilas dengan air bersih sehinga tidak meninggalkan buih. Selepas pembersihan, lap komponen dan bahagian motosikal dengan kain kering

5. Bahagian keras motosikal seperti paip ekzos, swingarm dan kemasan matte, memerlukan rawatan yang berbeza daripada bahagian yang lebih sensitif (seperti cat atau krom). Gunakan degreaser, gosokkan bahagian keras dengan berhati-hati dan secara individu, pastikan tidak membiarkan pelarut yang kuat menyentuh cat atau krom.

6. Untuk bahagian yang sukar dicapai, anda boleh menggunakan berus gigi. Sapukan degreaser di hujung untuk bahagian enjin bukan krom, dan minyak dan kotoran akan hilang.

7. Elakkan kotoran pada rim motorsikal dengan membersihkan habuk brek. Sapukan pembersih roda terlebih dahulu sebelum menyingkirkan kesan habuk. Roda Chrome memerlukan pembersih yang khusus, jadi berhati-hati dengan kemasan roda anda sebelum membeli sabun pembersih.

8. Gunakan jenis kain yang betul semasa pengeringan bagi mengelakkan kerosakan pada cat. Lap motosikal di tempat yang redup untuk tidak cepat kering dan tinggalkan kesan air.

Terima Kasih.

14 Oct 2023