7 Perkara Yang Anda Perlu Ambil Berat Ketika Menunggang Motosikal Di Musim Hujan.

1. Pakai pakaian yang sesuai

Pastikan anda sentiasa membawa baju hujan bersama sepanjang masa. Anda juga disarankan memakai pakaian-pakaian lain yang kalis air seperti but dan sarung tangan.Elakkan memakai pakaian yang berunsur kapas kerana lencun kena hujan semasa membawa motosikal, pakaian tersebut akan lambat kering dan membuatkan anda tidak selesa semasa membawa motosikal.
                                                                  Yamaha Sniper 155 2024: Unleashing the Thrill of Precision Riding | lowelied384@gmail.com | NewsBreak Original

 


2. Pakai helmet yang sesuai

Anda digalakkan untuk mempunyai sebuah lagi helmet khas untuk tunggangan dalam situasi seperti waktu hujan dan waktu malam.
Helmet ini perlulah memiliki ciri khas seperti memiliki warna cerah dan banyak pelekat pantulan cahaya. Visor untuk helmet ini juga perlulah jenis cerah atau kosong tanpa digelapkan.
                                                                  Importance of Wearing a Helmet While Riding a Motorcycle

 



3. Kawal kelajuan anda

Perkara yang penting ketika membawa kenderaan ketika hujan adalah memperlahankan kenderaan kerana jalan licin dan bertakung boleh menyebabkan cengkaman dari tayar hilang.
Namun begitu, motosikal juga tidak boleh dibawa dengan terlalu perlahan kerana anda mungkin berisiko jatuh apabila melalui rintangan seperti lopak air yang dalam. Motosikal juga akan rasa berat dan sukar dikawal jika dibawa terlalu perlahan terutamanya motosikal besar.
Kesimpulannya tungganglah motosikal anda dengan had laju yang stabil dan mengikut kesesuaian kawalan penunggang itu sendiri.
                                                                  10 Do's And Don'ts Of Motorcycle Riding In The Rain, 48% OFF

 


4. Berhati-hati di simpang jalan

Permukaan jalan yang licin bukan sahaja disebabkan hujan malah hadir dari kesan minyak yang tertinggal. Kesan minyak tersebut kebanyakannya datang daripada pelbagai kenderaan yang bergerak di atas jalan terutamanya ketika berhenti di simpang di mana minyak kerap menitik atau tumpah ketika berhenti.
Apa yang anda boleh lakukan adalah cuba untuk tidak melakukan brek kecemasan di kawasan persimpangan kerana minyak yang tumpah dicampur dengan jalan yang lembap boleh menjejaskan cengkaman pada tayar. Anda juga perlu waspada dan sentiasa perhatikan cermin sisi untuk memantau kenderaan di belakang yang berisiko tergelincir dan menghentam anda dari belakang.
                                                                 


 


5. Perhatikan lopak air dan lubang jalan

Anda disarankan untuk tidak sesekali cuba menyeberang jalan banjir yang tidak pasti keadaan jalannya. Bukan sahaja mengurangkan cengkaman tayar malah anda berisiko jatuh jika terlanggar lubang jalan yang ditenggelami air. Jika terpaksa meredah banjir, perhatikan dahulu kenderaan yang lebih besar seperti kereta melalui kawasan tersebut dengan melihat paras air pada rim dan kedudukan badan kereta sama ada sedikit tenggelam kerana termasuk ke dalam lubang jalan.
                                                                Waspada Motor Matik Terendam Banjir di Jalan, Simak Penanganan Pertama dari  Asmo Sulsel Berikut Ini


 


6. Duduk di kawasan selamat

Sudah jadi kebiasaan penunggang motosikal akan mencari tempat berteduh dahulu jika hujan turun secara tiba-tiba.
Kawasan yang sering menjadi tempat teduhan adalah di bawah jambatan selalunya di kawasan lebuhraya. Anda disarankan untuk berada di lokasi yang selamat kerana sebelum ini banyak kes kemalangan melibatkan lori merempuh motosikal yang berteduh di bawah jambatan.
Bukannya tidak boleh untuk berteduh di kawasan tersebut, tetapi lebih baik untuk tidak duduk di atas motosikal dan pastikan anda berada di lokasi yang selamat.
                                                                12 motosikal dirempuh di bawah jambatan | Astro Awani

 


 

7. Ingat tips-tips keselamatan asas

Walaupun bukan waktu hujan, pastikan anda ikut tips-tips di bawah bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan:
 

  • Jaga jarak yang selamat dengan kenderaan lain.
  • Pastikan anda tidak berada di titik buta.
  • Pastikan lampu menyala dan tidak memasang lampu tinggi sehingga mengganggu pengguna lain.
  • Tunggang motosikal dengan kelajuan sederhana dan gunakan signal ketika mahu menukar lorong.
  • Jika hujan terlalu lebat, jangan paksa diri untuk teruskan perjalanan dan berhenti di tempat selamat.

  •                                                   ApaNakBuat: Ketahui 6 Tip Menunggang Motosikal Ketika Musim Hujan



 

17 Feb 2024